Obesiti dan Nutrisi Kanak-Kanak: Memahami Punca dan Peranan Keluarga serta Persekitaran
20 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2026, telah berlangsung program bertajuk “Obesiti dan Nutrisi Kanak-Kanak: Memahami Punca dan Peranan Keluarga serta Persekitaran”. Sesi ini memberi fokus kepada isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak serta kaitannya dengan pemakanan, gaya hidup, dan pengaruh persekitaran.
Peserta didedahkan kepada faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, termasuk tabiat pemakanan tidak seimbang dan kurang aktiviti fizikal. Penekanan turut diberikan kepada peranan keluarga dalam membentuk amalan sihat serta kepentingan sokongan persekitaran bagi memastikan perkembangan kanak-kanak yang lebih sihat.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam menangani isu obesiti kanak-kanak melalui pendekatan nutrisi dan gaya hidup yang lebih positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: